Jamuan Hari Raya Aidulfitri 2015, SKLM |
Pertambahan kes ini berpunca daripada
amalan pemakanan tanpa kawalan di musim perayaan selain pengambilan makanan
tidak sihat.
Antara pemakanan ini termasuklah yang
mempunyai kadar kolesterol tinggi, terlalu berlemak, terlalu banyak garam
selain tinggi kandungan gula.
Justeru, amalan pengambilan makanan yang
betul perlu dipraktikkan agar kita dapat menikmati juadah semasa musim perayaan
tanpa menjejaskan kesihatan.
Amalan mengambil makanan secara sihat ini
bukan saja terhad kepada individu yang menghidap kencing manis, darah tinggi
atau sakit jantung, namun kepada individu yang belum pernah didiagnos dengan
penyakit berkenaan.
Makan-makan bersama teman lama |
Berdasarkan panduan diet Bahagian
Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lelaki berusia 18 hingga 59 tahun
ke atas perlu mengambil kadar makanan tidak melebihi 2,000 kalori sehari.
Manakala, bagi wanita pula, tidak melebihi 1,500 kalori sehari.
Kadar kalori ini mestilah merangkumi
pengambilan makanan / ketika sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan malam.
AMALKAN MAKAN 5 KATEGORI MAKANAN DI HARI RAYA
-Makan 5
kumpulan makanan setiap hari.
-Makan 5 sajian
buah dan sayur.
-Hadkan pengambilan makanan kepada 500 kalori setiap kali waktu makan.
-Hadkan 5 gram
gula atau satu sudu teh saja untuk minuman manis.
-Bersenam 5 kali
seminggu.
JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN LAZIM KETIKA
JAMUAN HARI RAYA
Ayam masak kuzi - Hidangan: 1 ketul Berat: 90g Kalori: 140kkat
Hidangan Di Hari Raya |
Ketupat Sotong - Hidangan: 1 ekor (sederhana) Berat: 130g
Kalori: 260kkal
Kelupis - Hidangan: 7 keping Berat: 50g Kalori:
120kkal
Laksa Johor - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 250g Kalori: 330kkal
Lontong - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 2S0g
Kalori: 260kkal -
Mikari - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 410g
Kalori: 530kkal
Nasi tomato (dengan
ayam masak merah) - Hidangan:
1 pinggan Berat: 240g Kalori: 420kkal
LAIN-LAIN
Minuman Berkabonat – Hidangan: Segelas (Berat, 250g/130kkal)
Lemang – Hidangan: 1 potomg (Berat 30, /100kkal)
Serunding Daging – Hidngan: 1 sudu makanan (Berat 30 / 80
kkal)
Ketupat Palas – Hidangan: 1 biji (Berat, 50g / 130 kkal)
Ketupat Nasi – Hidangan: 3 kiub kecil (Berat, 50g / 80
kkal)
Rendang Ayam – Hidangan: 2 ketul (Berat, 50g / 100 kkal)
Kuah Kacang – Hidngan: 1 senduk (Berat, 50g / 130 kkal)
Biskut Berrsalut Coklat – Hidangan: 1 biji (Berat, 10/50 kkal)
Biskut Emping Jagung – Hidangan: 1 biji (Berat, 20g/ 80 kkal)
Dodol – Hidangan: 1 potong (Berat, 20g/70 kkal)
Ayam Masak Merah – Hidangan: 1 ketul (Berat, 90g / 150 kkal) Rujukan: MetroAhad, 19 Julai 2015
No comments:
Post a Comment