"" Healthy Personality Online: MAKAN SECARA SIHAT DI HARI RAYA

Friday 31 July 2015

MAKAN SECARA SIHAT DI HARI RAYA

Jamuan Hari Raya Aidulfitri 2015, SKLM
 Sambutan Hari raya memang tidak dapat lari daripada kebiasaan sebagai musim yang mana bilangan kes pesakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung bertambah.
Pertambahan kes ini berpunca daripada amalan pemakanan tanpa kawalan di musim perayaan selain pengambilan makanan tidak sihat.
Antara pemakanan ini termasuklah yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, terlalu berlemak, terlalu banyak garam selain tinggi kandungan gula.
Justeru, amalan pengambilan makanan yang betul perlu dipraktikkan agar kita dapat menikmati juadah semasa musim perayaan tanpa menjejaskan kesihatan.
Amalan mengambil makanan secara sihat ini bukan saja terhad kepada individu yang menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung, namun kepada individu yang belum pernah didiagnos dengan penyakit berkenaan.
Makan-makan bersama
teman lama
Ini kerana, kebanyakan penghidap penyakit ini asalnya tidak mengetahui menghidap penyakit berkenaan sehinggalah mendapat rawatan perubatan.
Berdasarkan panduan diet Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lelaki berusia 18 hingga 59 tahun ke atas perlu mengambil kadar makanan tidak melebihi 2,000 kalori sehari. Manakala, bagi wanita pula, tidak melebihi 1,500 kalori sehari.
Kadar kalori ini mestilah merangkumi pengambilan makanan / ketika sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan malam.

AMALKAN MAKAN 5 KATEGORI MAKANAN DI HARI RAYA
-Makan 5 kumpulan makanan setiap hari.
-Makan 5 sajian buah dan sayur.
-Hadkan pengambilan makanan kepada 500 kalori setiap kali waktu makan.
-Hadkan 5 gram gula atau satu sudu teh saja untuk minuman manis.
-Bersenam 5 kali seminggu.

JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN LAZIM KETIKA JAMUAN HARI RAYA
Ayam masak kuzi - Hidangan: 1 ketul Berat: 90g Kalori: 140kkat
Hidangan Di Hari Raya
Burasak - Hidongon: 1 keping Berat. 60g Kalori: 180kkal
Bihun Sup - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 90g Kalori: 150kkal
Ketupat Sotong - Hidangan: 1 ekor (sederhana) Berat: 130g Kalori: 260kkal
Kelupis - Hidangan: 7 keping Berat: 50g Kalori: 120kkal
Laksa Johor - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 250g Kalori: 330kkal
Lontong - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 2S0g Kalori: 260kkal -
Mikari - Hidangan: 1 mangkuk Berat: 410g Kalori: 530kkal
Nasi tomato (dengan ayam masak merah) - Hidangan: 1 pinggan Berat: 240g Kalori: 420kkal

LAIN-LAIN
Air Sirap/Kordial – Hidangan: Segelas (Berat, 250g / 40kkal)
Minuman Berkabonat – Hidangan: Segelas (Berat, 250g/130kkal)
Lemang – Hidangan: 1 potomg  (Berat 30, /100kkal)
Serunding Daging – Hidngan: 1 sudu makanan (Berat 30 / 80 kkal)
Ketupat Palas – Hidangan: 1 biji (Berat, 50g / 130 kkal)
Ketupat Nasi – Hidangan: 3 kiub kecil (Berat, 50g / 80 kkal)
Rendang Ayam – Hidangan: 2 ketul (Berat, 50g / 100 kkal)
Kuah Kacang – Hidngan: 1 senduk (Berat, 50g / 130 kkal)
Biskut Berrsalut Coklat – Hidangan: 1 biji (Berat, 10/50 kkal)
Biskut Emping Jagung – Hidangan:  1 biji (Berat, 20g/ 80 kkal)
Dodol – Hidangan: 1 potong (Berat, 20g/70 kkal)
Ayam Masak Merah – Hidangan: 1 ketul (Berat, 90g / 150 kkal)  
Rujukan: MetroAhad, 19 Julai 2015

No comments:

Post a Comment